Thursday, June 30, 2011

Prudential BSN Takaful Saver

imej googled
Salam dan Hi semua,

Seperti yang saya telah janjikan, saya akan terangkan kepada anda mengenai Takaful Saver, iaitu satu pelan PELABURAN yang ditawarkan oleh Prudential BSN. Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang diingini dan target-target tertentu yang melibatkan kewangan, seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran,  bersara lebih awal dan lain-lain.

Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.

Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksible untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.

Bagaimana Takaful Saver dikendalikan ?

Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
  • Caruman tetap minimum: RM10 sebulan
  • Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) X 5

Penambahan Caruman

Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
  • Penambahan minimum: RM1,000
  • Penambahan maksimum: Tiada had
Memandang kan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk simpanan dan pelaburan.
Nota:
  • Baki 5% lagi diperuntukan untuk yuran Wakalah bagi komisyen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
  • Caruman Takaful Saver adalah berasingan samasekali dengan Takafulink.
  • Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.

Manfaat Tambahan

Takaful Saver Contributor:
Membayar caruman tetap kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta mengidap penyakit kritikal
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor :
Sekiranya ibu bapa atau Pasangan peserta meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Kekal atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful peserta dimasa hadapan.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver ?

Mana-mana peserta dan / atau pencarum Takafulink.


Hubungi kami sekarang!


Wassalam, jumpa lagi!

Wednesday, June 29, 2011

Prudential BSN Takaful Link

 
Takaful Link adalah produk paling asas dalam Takaful Prudential BSN. Ia adalah pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan yang dijamin berasaskan syariah. Takaful link juga merupakan satu pelan yang komprehensif untuk anda sebagai persediaan menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Bukan itu sahaja, bahkan ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan dengan lebih teratur dan tenang.

Sesiapa sahaja yang berumur diantara 19 dan 60 tahun adalah layak untuk menyertai pelan ini. Untuk anak yang berumur bawah 19 tahun, anda boleh mengambil pelan perlindungan di bawah rider Takaful Cerdik. 

Ok, sekarang saya kongsikan apa yang ditawarkan dalam Takaful Link. Tuan/Puan boleh lihat detailnya seperti di bawah:

Manfaat Asas Takaful Link Prudential BSN

1. Kematian:
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Akaun Unit Peserta (PUA), akaun Khas Individu (ISA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA) kepada waris peserta.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Pampasan akan dibayar serta merta walaupun peserta baru sahaja menyertai pelan ini.
2. Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

Manfaat Tambahan

Anda boleh memilih untuk mempertingkatkan lagi perlindungan kepada manfaat asas dengan mana-mana pilihan rider seperti di bawah:

1. Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-13.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
2. Compassionate Benefit (Khairat Kematian)
  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
3. Crisis Cover Plus (CCP)
  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat kematian)
4. Crisis Cover Income
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
6. Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.
7. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
8. Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara. 
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
  • Maklumat berkenaan manfaat yang ditawarkan , sila klik disini
9. Medical Cover 
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)
10. Elaun Hospital (Hospital Benefit) 
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.* Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)
11. Elaun Lumpuh (Disability Provider) 
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun. 
12. Khairat Kematian 
  • Bayaran untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13. Premium Percuma (Contributor Benefit) 
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
14. Pulangan Pelaburan 
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 1,000.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Takaful Saver: Keperluan Simpanan dan Pelaburan

Takaful Link Prudential BSN juga membantu anda untuk merancang simpanan dengan menyediakan beberapa dana untuk tujuan pelaburan anda melalui rider Takaful Saver. Anda boleh pilih mana-mana dana yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan toleransi terhadap risiko anda.

Takaful Link Dana Bon
Takaful Link Dana Urus
Takaful Link Dana Ekuiti
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti

Maklumat lanjut mengenai Takaful Saver akan saya kongsikan dalam masa terdekat ye..!!

Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut!
     
Wassalam, jumpa lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Kekuatan Takaful Prudential BSN

Salam dan Hi semua,

Apa khabar semua, kali ini saya nak berkongsi dengan Tuan/Puan semua berkenaan dengan kekuatan produk dan syarikat Takaful Prudential BSN yang telah disiarkan dalam Harian Metro edisi 9 Jun 2011. Selain produk dan pelan yang inovatif dan memenuhi keperluan masyarakat kini, peranan agen yang terlatih dan telus juga memberi peranan terhadap kekuatan syarikat Takaful Prudential BSN. Semoga bertambah-tambah keyakinan Tuan/Puan semua untuk bersama kami..!!

Sila klik gambar untuk paparan imej lebih besar
Wassalam dan jumpa lagi..!!

Monday, June 20, 2011

Hukum Menyertai Takaful dalam Islam

Walaupun industri takaful telah agak lama bermula, masih ramai lagi yang keliru dan ragu-ragu dengan kesucian produk takaful. Bagi kalangan Muslim, sudah pasti perkara ini adalah amat sensitif dan diambil berat untuk memastikan urusan kewangan adalah bebas dari yang ditegah agama.

Saya ingin berkongsi ulasan yang telah ditulis oleh Ustaz Zaharudin, pakar kewangan Islam terkenal, mengenai hukum takaful dan beza operasinya dengan insuran konvensional.

Baca selanjutnya di link di bawah:



Moga-moga bermanfaat dan meleraikan segala keraguan di jiwa..

Sunday, June 19, 2011

Takaful Health (Medical Card)



Didalam kehidupan, kekayaan yang sebenar adalah kesihatan kita. Kami di PruBSN memahami yang anda sentiasa berusaha untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat supaya dapat menjalani hidup anda dengan sepenuhnya.

Namun, masa depan tidak dapat ditentukan. adakah kita dapat menjamin esok hari kita akan kekal sihat? Sekiranya Tuan/Puan diuji dengan sakit, adakah Tuan/Puan telah bersedia dari segi kewangan untuk menampung keperluan rawatan dan caj hospital?

Oleh yang demikian, Kad Perubatan  Takaful Health adalah satu pelan perubatan yang menyeluruh untuk memastikan anda dilindungi semasa anda memerlukannya. Ia adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik perbelanjaan utama perubatan anad sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Ini sememangnya akan memberikan anda ketenangan fikiran.

Pelan Perubatan yang MAMPU dimiliki.
 Dengan caruman dari serendah RM100, anda akan mendapat perlindungan sehingga RM 1/2 juta (RM500,000). Sangat berbaloi bukan? Pilih dari lima (5) pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan dan anggaran belanjawan anda.

Nikmati Bonus Tuntutan Sifar
Anda akan menerima bonus tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut.

Perlindungan sehingga umur 70 TAHUN atau 80 TAHUN
Pelan perubatan ini akan memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 70 atau 80 tahun

Sesiapa sahaja yang berumur antara 1 hingga 60 tahun pada tarikh lahir akan datang layak untuk menyertai pelan ini. Ia bukan sahaja memberi perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan tetapi memberi anda ganjaran untuk kekal sihat.

Dibawah saya sertakan pilihan mengikut keperluan anda berserta manfaat yang akan anda perolehi.

Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar

Pasti berbaloi !!


BONUS TUNTUTAN SIFAR

PERLINDUNGAN MENYELURUH UNTUK BIL KEMASUKAN HOSPITAL, PEMBEDAHAN DAN SAKIT LUAR

PILIHAN DARI PELAN PERUBATAN YANG MAMPU DIMILIKI

PERLINDUNGAN SEHINGGA UMUR 70 ATAU 80 TAHUN

 Ramai yang telah mendapat manfaatnya...!!!


Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut

MASLIZA MOHAMED
Tel/SMS     : 019-927 4817
Email          : masliza@prubsnadvisor.com.my
                         maslizaog@gmail.com    
                         masliza_og@yahoo.com
YM             : masliza_og

Top Thing To Know #1


INSURANCE COST A LOT BUT HAVING NONE 
COST MORE
There are sensible ways to save money on insurance, but skipping coverage isn't one of them. Medical bills from even a minor car accident can deplete your savings - a major illness can push you into bankruptcy.
::CNNMoney:: 



Contact me now for more info:

MASLIZA MOHAMED
Tel/SMS     : 019-927 4817
Email          : masliza@prubsnadvisor.com.my
                         maslizaog@gmail.com    
                         masliza_og@yahoo.com
YM             : masliza_og

Saturday, June 18, 2011

Mengapa Anda Perlu Takaful?

Antara sebab mengapa anda perlu menyertai takaful



  1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
  2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
  3. Menyediakan dana persaraan
  4. Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
  5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
  6. Mengelakkan dari berhutang
  7. Melindungi aset
  8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
  9. Melindungi perniagaan
  10. Melakukan amal jariah
  11. Mengurangkan cukai pendapatan

 Jadikan takaful sebagai salah satu dari perancangan kewangan anda. Kerana kita tidak akan dapat menjangka apakah yang akan berlaku kepada kita esok hari.
Hubungi saya sekarang untuk penjelasan lanjut mengenai pelan takaful yang sesuai untuk keperluan anda.
Masliza bt Mohamed
Tel/sms : 019-9274817
Email     : masliza@prubsnadvisor.com.my
                   masliza_og@yahoo.com
                   maslizaog@gmail.com.
Ym         : masliza_og

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...