Sunday, March 4, 2012

SmartLink untuk Anak-Anak Kesayangan, Melindungi dan Memotivasi

Berkenaan dengan pelan PruBSN Link Series, saya dah ceritakan mengenai First Link dalam post sebelum ni. Sekarang saya nak share kepada korang berkenaan SmartLink iaitu pelan yang terbaik untuk anak-anak seawal usia kelahiran.

SmartLink yang sebelum ini dikenali sebagai Takaful Cerdik adalah sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk membuat perlindungan perubatan dan kesihatan sekaligus untuk buat tabungan pendidikan anak bermula dengan bayaran serendah RM50 sebulan. Ibu bapa boleh buat pilihan untuk buat 'medical card' yang berjumlah RM1.5 juta sepanjang tempoh polisi atau  elaun hospital sehingga RM400 sehari untuk setiap anak yang menyertai. Dengan caruman yang sama, tabungan masa depan khususnya untuk pendidikan anak dah tersedia. Sekiranya nak melipatgandakan lagi tabungan tersebut, ibu bapa boleh menambah caruman dalam gandaan RM10 terhadap bayaran bulanan yang asas melalui Takaful Saver.

Pelan SmartLink ini sama bestnya dengan FirstLink. Kalau FirstLink ada diberi bonus untuk peristiwa penting dalam hidup mereka, SmartLink juga ada. Kali ni dengan menyertai SmartLink, ibu bapa boleh motivasikan anak-anak untuk cemerlang dalam pelajaran dan boleh janjikan hadiah yang menarik buat mereka tanpa risau pasal bajet!

Macamana tu ye..??

Ok, melalui pelan SmartLink, pruBSN akan anugerahkan BonusEduSmart setiap kali anak anda cemerlang dalam setiap peperiksaan sepertimana dibawah:

klik untuk gambar lebih besar
Jadual diatas adalah contoh jumlah bonus kecemerlangan yang akan anak-anak perolehi sekiranya pembayaran untuk sumbangan perlindungan tahunan adalah berjumlah RM1200 (atau RM100 sebulan).

Tuntutan untuk bonus diatas adalah sangat mudah, dimana ibu bapa hanya perlu serahkan salinan sijil yang disahkan benar kepada mana-mana cawangan PruBSN dan setelah diproses, cek dengan jumlah yang sepatutnya akan sampai ke tangan ibu bapa.

Mudah je kan??

 Ok, selain dari bonus kecemerlangan, sepertimana pelan FirstLink, bagi setiap peserta yang telah menyertai sehingga tahun ke 10, akan diberi bonus kesetiaan sebanyak 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan dan setiap 3 tahun selepas itu.

Jadi apa tunggu lagi! Kasih sayang kepada anak bukanlah dengan mewahkan mereka dengan wang ringgit dan perhiasan/permainan, tetapi pastikan mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya ketika kecemasan dan disediakan tabungan yang secukupnya untuk pendidikan dan masa depan.

Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

PruBSN FirstLink - Langkah Pertama untuk Orang Muda

 Assalamulaikum...

Banyak artikel-artikel yang saya post di blog ni akhir-akhir ni berkenaan orang muda. Dalam lingkungan umur 19-25 tahun, samada korang masih lagi belajar, ataupun baru menamatkan pengajian di kolej/universiti, ataupun baru memulakan alam pekerjaan, ini adalah masa terbaik untuk merancang dengan sebaiknya apa target kewangan yang nak dicapai dari sekarang sehinggalah umur persaraan.

Ada yang kata malas nak fikir lagi, kerja pun belum tentu lagi. Belum stabil lagi. atau nak enjoy dulu malas nak fikir pasal simpanan dan perlindungan.

Sebenarnya waktu mudalah kita perlu mulakan. Kerana waktu ini masih belum ada komitmen yang banyak. Daripada pengalaman saya sendiri, sekiranya kita tidak menyimpan atau melaburkan sedikit peratusan gaji kita untuk masa depan, atau untuk persediaan sewaktu kecemasan, di waktu umur kita agak meningkat, pasti kita akan menyesal kerana masa tu kita akan sedar kita tak merancang dengan sebaiknya.

Sepertimana yang telah disebutkan dalam artikel Rancang Dana Persaraan Sebelum Umur 30 Tahun sebelum ini, menyertai takaful adalah aspek yang penting semasa merancang masa depan kewangan kita. Dalam usia muda, inilah masa terbaik untuk korang menetapkan matlamat kewangan sekurang-kurangnya untuk jangka pendek, membuat perlindungan terhadap pendapatan, perlindungan perubatan dan kesihatan, serta mula membina dana pelaburan. Lagipun, semua dan maklum, untuk orang muda, dengan jumlah premium yang sama (contohnya RM100 sebulan) jumlah perlindungan anda akan lebih berganda atau dapat menyertai rider yang lebih banyak dari mereka yang telah berumur (klik untuk pilihan rider/manfaat). Pendek kata, korang akan boleh dapat lebih dari orang tua, dengan nilai bayaran yang sama.

Untuk merangsang dan meggalakkan orang muda lingkungan umur 19-25 tahun untuk menyertai takaful, pada suku akhir tahun lepas (2011)ye, pruBSN telah memperkenalkan pelan FirstLink, dimana pruBSN akan meraikan peristiwa-peristiwa penting yang akan berlaku dalam hidup korang dengan memberi bonus RM 500!. Bonus ini yang dikenali sebagai "Bonus AchiveFirst" akan diberi jika korang berjaya melakukan salah satu dari 6 perkara di bawah sebelum mencapai umur 50 tahun (selagi caruman masih aktif):

  • Apabila membeli rumah pertama
  • Menunaikan ibadah haji
  • Berkahwin
  • Menunaikan umrah
  • Memperolehi anak pertama
  • Memperoleh ijazah pasca siswazah (master degree ke atas)

RM500 akan diberi apabila korang mengalami salah satu peristiwa diatas, dimana tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Paling penting korang perlu pastikan bayaran adalah terkini semasa tuntutan dibuat. Caranya mudah saja, serahkan satu salinan dokumen sokongan* yang disahkan benar ke mana-mana cawangan pruBSN atau kepada agen, dan selepas disahkan, pruBSN akan menyerahkan bonus tersebut dalam bentuk cek.


Syok kan?

Belum habis lagi ye, selain dari bonus diatas, pruBSN akan bagi bonus kesetiaan (loyalty bonus) kepada mereka yang membayar secara konsisten sehingga tahun ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu. Bonus adalah sebanyak 5% daripada jumlah perlindungan tahunan (daripada Akaun Unit Perlindungan, PUA).  Ini adalah penghargaan pruBSN kepada mereka yang setia dan percaya dengan perkhidmatan syarikat.

Bagaimana kalau saya berhenti kerja, atau hilang kerja, yang menyebabkan saya tak mampu nak teruskan bayar takaful???

Jangan cepat risau....

Kami faham mungkin masa ini belum stabil dan mungkin sedang mencari-cari pekerjaan yang paling sesuai. Pelan First Link ini akan bagi pengecualian bayaran selama 6 bulan jika korang tak mampu nak bayar sepanjang temph tiada pekerjaan, dan semua manfaat takaful yang korang sertai akan berjalan seperti biasa sepanjang 6 bulan tersebut.

So, apa tunggu lagi wahai orang muda, siap sedia mulakan langkah pertama. Mulakan dari sekarang, kerana InsyaAllah pada umur korang lebih berusia nanti, dah tak perlu risau kerana semua sudah dirancang dengan sebaiknya.



Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

*Dokumen sokongan yang diperlukan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...