Tuesday, September 27, 2011

Personal Money Magazine

 Assalamualaikum & hi semua,

Biasanya majalah apa yang anda semua suka beli tiap-tiap bulan? mmm...yang tak pernah miss baca ??

Kalau sebelum ni suka beli majalah deko, masak2, fesyen, kereta ke apa...apa kata tambah lagi satu topik -  majalah "Personal Money"

Saya baru jumpa majalah ni (macamana sebelum ni tak pernah nampak..!!) dan saya rasa ia sangat bagus dan bermanfaat. Cuba tengok isu2 lepas (saya printscreen dari wall page majalah ni)...wahh..isu-isunya sangat menarik...rugi tak pernah baca.



Ini dia punya latest issue..boleh cari kat kedai-kedai buku utama atau subscribe di http://www.theedgemalaysia.com/subscribe.html


Selamat membaca..!!

Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

Top Thing To Know #2

"It’s fine to spend extravagantly, if you’re truly wealthy. But regardless of how high people’s salaries are, if they can’t live well without their job, then they aren’t truly rich." 
- Andrew Hallam, author of 'Millionaire Teacher – The Nine Rules of Wealth You Should Have Learned in School'

Monday, September 26, 2011

Beli Takaful atau Ketenangan Fikiran?

Assalamualaikum dan hi semua,


Sebagai seorang penasihat takaful, tiadalah yang lebih memberi kepuasan dikala menyerahkan polisi takaful kepada para peserta. Saya berasa saya telah menyempurnakan satu tanggungjawab besar, iaitu membantu para peserta dan juga keluarganya menyediakan payung persediaan daripada kesusahan jika dilanda sebarang musibah. Saya tak punya wang banyak untuk membantu mereka jika dilanda musibah Mungkin kala itu saya hanya mampu melawat dan menyuruh untuk bersabar. Jadi, inilah cara saya menolong mereka. Mempromosikan satu sistem kewangan Islam , untuk persediaan dikala dilanda musibah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan sedia ada. 

Seorang peserta takaful yang menyertai pelan Kad Perubatan (Medical Card) sekaligus dengan pelan Pru-BSN Ummah (Takaful Haji) yang saya uruskan telah menghantar sms begini kepada saya. “ Terima kasih kerana selesaikan urusan Takaful saya. Saya rasa lebih tenang sekarang kerana dah buat persediaan jasmani  dan rohani. Apa yang perlu saya fikir sekarang hanya untuk menambah kewangan untuk tujuan-tujuan lain pula ” 

Terharu saya masa tu..

Alhamdulillah, saya mendoakan beliau sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan untuk sampai ke Baitul Haram...

Tiada yang lebih kita harapkan daripada kehidupan kita ini selain dari ketenangan bukan?


Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

Thursday, September 22, 2011

Tujuan Sistem Takaful

Assalmualaikum dan hi semua,

Nampaknya semua masih lagi dalam mood raya kan? Sana sini ada open house, sampai tak sempat nak pergi. Dalam sibuk-sibuk beraya tu hati-hati di jalanraya dan jaga-jaga jugak dengan makanan yang dimakan. Tak pasal-pasal berat badan naik pulak gara-gara makan banyak sangat ye!

Kali ni saya nak balik lagi kepada perkara asas mengenai takaful. Sebab banyak bakal-bakal peserta apabila saya buat call, terus cakap tak minat untuk buat takaful. Ada jugak yang susah sangat nak peruntukkan sebahagian kecil pendapatan untuk takaful, tetapi belanja untuk makan, pakai dan aksesori atau gajet-gajet..tak kisah berapa banyak yang habis tiap-tiap bulan.

Sedarlah sahabat-sahabat, takaful adalah salah satu keperluan kewangan yang paling asas  dalam kehidupan kita. Menyertai takaful merupakan salah satu keperluan dalam perancangan kewangan yang bijak. Kenapa saya sebutkan begitu? Sebab tujuan utama system takaful itu adalah untuk perlidungan kewangan dan pendapatan untuk diri dan keluarga daripada musibah atau situasi yang tidak dijangka.

Apabila Kematian Datang

Kematian adalah pasti, tetapi ia datang tak tahu entah bila, tak dapat dijangka. Kematian ahli keluarga terutamanya kepada seorang ketua keluarga biasanya menyebabkan sumber mata pencarian keluarga akan terputus. Bila dah hilang sumber pencarian, tentulah ahli keluarga yang tinggal akan merasai kesedihan berganda, kehilangan orang tersayang dan juga kesedihan akibat memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan keluarga selepas itu. Sanggupkah kita membiarkan ahli keluarga kita menderita dan kesusahan, sedangkan sewaktu hayat masih ada, kita bertungkus lumus bekerja siang dan malam semata-mata untuk pastikan ahli keluarga kita cukup makan, pakai, pelajaran yang sempurna dan semua kegembiraan lain?

 
Disinilah takaful memainkan peranan. Wang perlindungan akibat kematian yang akan diterima oleh waris akan membantu menyara keluarga sekurang-kurangnya sementara mendapat punca pendapatan yang baru.

Hilang Upaya Kekal
Selain kematian, kehilangan upaya akibat kemalangan atau penyakit juga boleh mejejaskan tahap kewangan . Bila berlaku kelumpuhan, sudah tentu mereka sukar atau langsung tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan. Lebih teruk apabila kelumpuhan disertai pula dengan penyakit yang perlu kos rawatan tinggi dan berterusan. Daripada seorang yang menjadi sumber mata pencarian, tiba-tiba kita pula yang akan menjadi beban untuk keluarga. Sungguh menyedihkan apabila situasi ini berlaku. Tetapi saudara-saudaraku, ini semua boleh diuruskan dengan baik jika kita menyertai takaful.  Dengan penyertaan takaful, wang perlindungan akibat hilang upaya kekal akan dapat menampung pendapatan dalam situasi sukar itu. 



Dilanda Sakit Kritikal

Pendapatan juga boleh terjejas apabila kita dilanda musibah penyakit, terutama jika terkena penyakit-penyakit kritikal seperti sakit kanser, komplikasi jangtung, hepatitis, stroke dan sebagainya (Klik untuk info 36 penyakit kritikal). Kos rawatan untuk penyakit-penyakit ini bukanlah murah, kadangkala memerlukan sehingga berpuluh ribu. Ya, kita boleh guna perkhidmatan hospital kerajaan, tetapi ia juga tidaklah terlalu murah dan terpaksa menunggu giliran yang lama. Selalu kita baca atau dengan kes pesakit yang pergi terlebih dahulu sementara menuggu giliran pembedahan. Tak kurang juga kes yang tak sempat untuk meneruskan rawatan kerana menunggu wang sumbangan mencukupi. Sangat hiba apabila kita baca didada-dada akhbar tentang situasi ini. Wang simpanan semua habis digunakan, terpaksa gadai rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya. Ada yang terpaksa berhutang, terpaksa meminta-minta semata-mata untuk pastikan diri sendiri atau ahli keluarga sembuh dari penyakit yang dihidapi. Tapi sekiranya dapat sembuh, apa yang berlaku selepas itu? Situasi terus sukar sebab semua wang simpanan dah susut. Lebih terhimpit bagi yang terpaksa melepaskan kerja sepanjang masa sakit, bagaimana nak teruskan kehidupan? Terpaksa bermula dari kosong untuk membina dan menstabilkan semula tahap kewangan. 



Takaful akan melindungi kita dari situasi ini. Peserta akan dibayar pampasan akibat penyakit kritikal. Semua kos rawatan bagi peserta akan dibayar oleh syarikat pengendali takaful. Penyakit sembuh dan dapat diubati tanpa menjejaskan duit simpanan dan kewangan kita.

Ketiga-tiga situasi ini boleh berlaku pada diri kita dan keluarga bila-bila masa. Nasihat saya, usahlah bertangguh lagi. InsyaAllah kita akan merasa lebih tenang, kerana kita tahu apabila menyertai takaful, keperluan diri dan keluarga disaat kecemasan telahpun diuruskan. 
 
Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

Wednesday, September 14, 2011

Mana nak dahulukan, insuran atau pelaburan?

 Jawapannya ialah ambil dulu perlindungan insuran..!!!

Saya tahu ramai antara kita yang teruja untuk membuat pelaburan dalam pelbagai instrumen samada unit amanah, hartanah atau sebagainya, kerana saya juga begitu. Tetapi sekiranya anda belum lagi mempunyai sebarang perlindungan insuran untuk diri sendiri dan keluarga, sila teliti semula perancangan anda. Kerana malang tidak berbau, semua wang pelaburan anda akan hangus kalau tak kena gayanya. 

 Anda boleh teliti artikel ini yang saya petik daripada laman horlic.com.

Get Insurance Coverage Before Jumping Into Any Investment


Should we buy insurance first before start investing? Definitely yes! Why do we need insurance protection and how important it is? Read this real life example:

A minor knee surgery at private hospital Malaysia can easily cost thousand of ringgit. A cousin of mine was charged at about RM6,000 for the surgery after a motorcycle accident about 12 years ago.
He was a fresh graduate during the time without much savings in bank account. Fortunately, he bought insurance and insurance company paid the bills for him.

How long do you think it takes a person to save RM6K? That means how long it has slow down your wealth accumulation process.

The worst thing is, can you imagine how bad is the thing if you or your family cannot afford the billing, without coverage of insurance?

Furthermore, what if it was a major surgery? Could you settle the RM30K, RM50K or even much costlier medical billing?

So, start with a medical card, no matter how broken you are! Seriously!

If you have budget constraint, do consider an investment-linked insurance. It starts as low as RM100 per month and usually consists of:
  • Life insurance
  • Medical card (Medical health insurance)
  • Personal accident insurance
  • 36 critical illness insurance
In fact, this all-in-one insurance package can be very flexible; you do not necessary to have all these 4 items in a package. E.g. you may actually exclude the personal accident to have higher sum insured in overall. Ask your insurance agent for the details.
Conclusion
Without any insurance coverage, forget about investment!

________________ jadi bagaimana?

Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji.

Wassalam dan jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...