Tuesday, April 17, 2012

Top Thing To Know : Hukum Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
     
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
     
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.
Untuk maklumat lanjut boleh lihat website e-Fatwa disini


Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

Sunday, April 8, 2012

Tabungan Simpanan Haji dan Umrah

 Assalamualaikum dan hai semua,


Sila baca keratan akhbar di atas dengan penuh perhatian.

Apa perasaan anda semua bila baca keratan akhbar kat atas?
Terharu? Kagum?
Atau malu dengan kegigihan pakcik Mail?

Inilah yang dikatakan azam. Pakcik Mail telah memulakan usaha beliau sejak lebih 60 tahun yang lepas, berdikit-dikit dengan harapan dan percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan dapat jejakkan kaki ke Baitulharam, tanah suci Makkah. Walaupun jumlah simpanan bulan demi bulan sedikit saja, bermula dari 30 sen, tetapi yang penting adalah USAHA pakcik Mail tersebut yang harus dicontohi.
Bagaimana dengan kita semua? Adakah nak tunggu dan hanya harapkan nanti kalau ada rezeki lebih, duit lebih hasil tabung persaraan atau KWSP?

Mulalah bina tabung untuk ibadah haji SEKARANG.
Membuat simpanan boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan, termasuk dengan cara menyertai takaful Pru-BSN melalui pelan PruBSN Ummah.

Apa yang boleh anda dapat daripada pruBSN Ummah?

Di PruBSN, anda boleh merancang simpanan dan perlindungan untuk diri sendiri dan seluruh ahli keluarga anda.  Dengan jumlah simpanan serendah RM 50 sebulan, anda akan dapat manfaat berikut:

1.      Simpanan Haji dan Umrah
·         Rancang kegunaan simpanan samada untuk Haji atau Umrah
·         Peroleh bonus loyalty dalam bentuk Elaun Haji, boleh digunakan sebagai tambahan perbelanjaan semasa Haji atau ditinggalkan untuk perbelanjaan keluarga di tanahair.
·         Tingkatkan simpanan melalui Ummah Saver

2.       Perlindungan Meluas
·         Mendapat ketenangan jiwa melalui khairat kematian dan Upah Haji (Badal Hajj)  PERCUMA
·         Mendapat manfaat Takaful Berganda sekiranya mengalami kematian atau lumpuh kekal semasa mengerjakan Haji atau Umrah.
·         Perlindungan pampasan sakit Kritikal
·         Sumbangan percuma sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal terhadap pembayar.

3.       Jaminan Tunai Haji
·         Panjang umur, cukup simpanan, InsyaAllah anda akan dapat tunaikan ibadah Haji
·         Upah haji PERCUMA akan diuruskan sekiranya ditakdirkan anda meninggal dunia dalam tempoh simpanan di PruBSN Ummah.

4.      Menjaga Kebajikan Keluarga dan Orang Tersayang
·         Berbakti kepada keluarga walaupun disaat kira sudah tiada. Waris atau keluarga akan mendapat pampasan kematian, khairat kematian dan ketenangan jiwa kerana Upah Haji anda telah tertunai.
·         Anda juga boleh memilih untuk menguruskan harta pusaka melalui Penulisan Wasita Islam yang turut ditawarkan dalam pelah PruBSN Ummah.

Contoh ilustrasi simpanan di PruBSN Ummah.

Klik jadual untuk imej lebih besar


Ayuh, contohi Pakcik Mail, mulakanlah tabungan Ibadat Haji kita SEKARANG.

Fakta: Perbelanjaan Tabung Haji yang Tinggi

“ Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji (Muassasah) pada masa ini adalah RM 9880 manakala perbelanjaan haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut ”
(Risalah Tabung Haji, 2010)

 
Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji.

Wassalam dan jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...