Friday, July 1, 2011

Prudential BSN Takaful Cerdik


Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda . Namun , kos pendidikan di Universiti yang samakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takaful Cerdik , anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

image googled

Bagaimana Pelan Takaful Cerdik Berfungsi Untuk Saya?

Pelan Takaful Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda , tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan - dalam kombinasi inovasi satu plan yang unik.

Manfaat Asas

1. Kematian
Jumlah dilindungi dan baki nilai didalam Akaun Unit Peserta ( PUA )*, Akaun Khas Individu ( ISA )** dan Akaun Unit Pelaburan ( IUA )*** akan dibayar jika berlaku kematian kepada anak. 

* PUA adalah akaun di mana unut-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan , dan / atau untung yang diperolehi.
** ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan / atau untung yang diperolehi akan dibayar.
*** IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukan.
2. Hilang Upaya Penuh & Kekal ( HUPK ):
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum berusia 25 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai IUA dan nilai ISA anda kekal di dalam akaun anda
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum berusia 5 tahun, pembahagian jumlah dilindungi yang akan dibayar adalah seperti berikut:


  

Manfaat Tambahan

1. Accidental Death & Disablement:
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anak anda.
2. Medical Cover:
Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
3. Major Medical Cover:
Member perlindungan perubatan bagi manfaat hospital, pembedahan dan rawatan pesakit luar sekiranya anak anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.
4. Hospital Benefit:
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anak anda dimasukkan ke Hospital.
5. Disability Provider:
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anak anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 25 tahun.
6. Crisis Shield:
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling memerlukan.
7. Contributor:
Membayar manfaat tahunan ke dalam akaun anak anda ( FOC ) sekiranya anak anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anak anda meninggal dunia.
8. Parent Contributor:
Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC ). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.
9. Takaful Saver:
Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan ( IUA ). Peserta yang menyertai Takafulink Cerdik dengan tempoh takaful kurang atau sama dengan 20 tahun adalah diwajibkan mengambil Takaful Saver dengan sumbangan menyamai sumbangan tetap Takafulink Cerdik.
10. Takaful Saver Contributor:
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal.
11. Takaful Saver Parent Contributor:
Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum umur 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan Takaful Saver pada masa hadapan.

Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3000.


Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...