Saturday, October 22, 2011

Belanjawan 2012 dan Ibadat Haji

Assalamualaikum dan hi semua,

Belanjawan 2012 dah dibentangkan oleh PM, dan telah hebat diperdebatkan di parlimen, tak kurang jugak di kedai kopi, kedai mamak dan pejabat. Bagaimana pandangan anda semua pasal belanjawan tu? Mesti ramai yang sampai hari ni senyum lebar, maklumlah dapat bonus lagi ye??? hehe 

Saya tak berniat nak mengulas panjang lebar pasal belanjawan, apa yang pasti kita harap kerajaan dapat melaksanakan segala projek-projek yang dirancang serta segala urus negara dengan baik, telus, amanah dan cekap supaya hasilnya dapat sama-sama dinikmati oleh sekelian rakyat.

Sekarang ni pun musim Umat Islam berpusu-pusu ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Ramai jugak saudara-saudara dan sahabat-sahabat kita yang sedang menunggu hari untuk berlepas. Saya sendiri pun beberapa minggu lepas baru sahaja meraikan kenduri saudara terdekat yang telah berlepas pergi Haji awal pagi tadi . Seronok rasa meraikan mereka ni walaupun bukan kita yang akan pergi…mudah-mudahan mereka semua dikurniakan haji yang mabrur dan sempurna, InsyaAllah….


 Sebut pasal Haji, antara pembentangan belanjawan baru-baru ni ialah pendaftaran Haji menggunakan akaun 2 simpanan KWSP untuk memberi peluang kepada golongan yang tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mendaftar. Ini adalah satu galakan yang baik kerana kita tahu untuk menunggu giliran menunaikan haji, memang memerlukan masa yang panjang, sehingga menjangkau 20 tahun.  
   
Okey, dah terbuka peluang baik. Tapi, bagaimana pula dengan simpanan untuk perbelanjaan tunai haji??? Bolehkah kita menunaikan ibadah haji jika tak berusaha untuk membuat tabungan khusus untuk tujuan itu?

Untuk tahun 2011 kos untuk tunai haji melalui Lembaga Tabung Haji adalah lingkungan hampir RM10 ribu (RM9980/ seorang). Kos ini semestinya akan bertambah di tahun-tahun akan datang. Andai kata kita peruntukkan RM200 sebulan dalam Tabung Haji dari sekarang, kita perlu menyimpan selama 50 bulan atau 5 tahun. Kalau RM100 sebulan, lebih kurang 10 tahun. Kalau hanya mampu RM50 sebulan, kita perlu tunggu 20 tahun. 

Hmmm…Lama kan? Dan yang pasti bukan kita sahaja yang menunggu giliran untuk tunaikan Rukun Islam ke-5 ini, tetapi berpuluh-puluh ribu umat Islam di Malaysia ini yang sedang menunggu. Panjang umur, dapatlah kita sampai ke sana, itupun jika kita langsung tak usik simpanan tersebut. 

Bagaimana pula dalam tempoh penantian itu, berlaku kecemasan tertentu, seperti ditimpa kemalangan atau sakit yang memerlukan rawatan yang tinggi, dimana kita terpaksa menggunakan seluruh simpanan yang ada?
Bagaimana pula jika ditakdirkan ajal kita sudah menjemput sebelum waktu yang kita rancang untuk tunai haji? Siapa yang akan menguruskan urusan upah haji kita?



Semua kemungkinan ini adalah lumrah kehidupan…dan suatu yang mungkin akan berlaku kepada diri kita.

Apa yang kita perlu buat adalah MERANCANG untuk menghadapi segala kemungkinan tersebut, supaya dalam situasi apa pun, hajat kita untuk menunaikan ibadah Haji dapat kita tunaikan. Panjang umur atau pendek umur, insyaAllah ibadah kita akan tertunai. 

Kami di PruBSN, insyaAllah akan membantu untuk menguruskannya untuk anda melalui Skim Jaminan Haji – PruBSN Takaful Ummah. Bukan hanya kita dapat melakukan simpanan tetap dan berterusan, PruBSN  dengan kerjasama dengan Tabung Haji Travel juga menawarkan upah haji percuma berjumlah RM3000 sekiranya kita meninggal dunia sebelum tamat tempoh polisi.  

Disamping menjamin tertunainya ibadah haji anda, PruBSN Takaful Ummah memberi kita banyak lagi manfaat iaitu:

  1.  Perlindungan untuk kematian dan hilang upaya kekal (lumpuh, cacat kekal)
  2. Perlindungan berganda jika kematian berlaku semasa menunaikan haji atau umrah
  3. Perlindungan sekiranya ditimpa salah satu dari 36 sakit kritikal
  4. Khairat kematian berjumlah RM2000
  5. Bonus loyalty sebanyak RM500 akan diberikan sebagai elaun mengerjakan haji.
  6. Meningkatkan jumlah simpanan dengan Ummah Saver
  7. Polisi percuma sekiranya ditimpa sakit kritikal sebelum tamat polisi


Bagi yang berhajat untuk memulakan tabungan haji untuk anak-anak, sekarang adalah masa yang tepat kerana PruBSN baru sahaja melancarkan pembaharuan kepada skim Pru -Ummah bukan sahaja boleh disertai oleh orang dewasa, tetapi anda juga boleh disertai untuk kanak-kanak di awal usia kelahiran. 

Silalah teliti maklumat PruBSN Ummah disini, atau anda boleh terus berhubung dengan saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Mudah-mudahan hajat kita untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 ini akan dipermudahkan Allah Subhanahu waTaala. Ameen…

  
 
Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...