Monday, September 26, 2011

Beli Takaful atau Ketenangan Fikiran?

Assalamualaikum dan hi semua,


Sebagai seorang penasihat takaful, tiadalah yang lebih memberi kepuasan dikala menyerahkan polisi takaful kepada para peserta. Saya berasa saya telah menyempurnakan satu tanggungjawab besar, iaitu membantu para peserta dan juga keluarganya menyediakan payung persediaan daripada kesusahan jika dilanda sebarang musibah. Saya tak punya wang banyak untuk membantu mereka jika dilanda musibah Mungkin kala itu saya hanya mampu melawat dan menyuruh untuk bersabar. Jadi, inilah cara saya menolong mereka. Mempromosikan satu sistem kewangan Islam , untuk persediaan dikala dilanda musibah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan sedia ada. 

Seorang peserta takaful yang menyertai pelan Kad Perubatan (Medical Card) sekaligus dengan pelan Pru-BSN Ummah (Takaful Haji) yang saya uruskan telah menghantar sms begini kepada saya. “ Terima kasih kerana selesaikan urusan Takaful saya. Saya rasa lebih tenang sekarang kerana dah buat persediaan jasmani  dan rohani. Apa yang perlu saya fikir sekarang hanya untuk menambah kewangan untuk tujuan-tujuan lain pula ” 

Terharu saya masa tu..

Alhamdulillah, saya mendoakan beliau sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan untuk sampai ke Baitul Haram...

Tiada yang lebih kita harapkan daripada kehidupan kita ini selain dari ketenangan bukan?


Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...