Thursday, September 22, 2011

Tujuan Sistem Takaful

Assalmualaikum dan hi semua,

Nampaknya semua masih lagi dalam mood raya kan? Sana sini ada open house, sampai tak sempat nak pergi. Dalam sibuk-sibuk beraya tu hati-hati di jalanraya dan jaga-jaga jugak dengan makanan yang dimakan. Tak pasal-pasal berat badan naik pulak gara-gara makan banyak sangat ye!

Kali ni saya nak balik lagi kepada perkara asas mengenai takaful. Sebab banyak bakal-bakal peserta apabila saya buat call, terus cakap tak minat untuk buat takaful. Ada jugak yang susah sangat nak peruntukkan sebahagian kecil pendapatan untuk takaful, tetapi belanja untuk makan, pakai dan aksesori atau gajet-gajet..tak kisah berapa banyak yang habis tiap-tiap bulan.

Sedarlah sahabat-sahabat, takaful adalah salah satu keperluan kewangan yang paling asas  dalam kehidupan kita. Menyertai takaful merupakan salah satu keperluan dalam perancangan kewangan yang bijak. Kenapa saya sebutkan begitu? Sebab tujuan utama system takaful itu adalah untuk perlidungan kewangan dan pendapatan untuk diri dan keluarga daripada musibah atau situasi yang tidak dijangka.

Apabila Kematian Datang

Kematian adalah pasti, tetapi ia datang tak tahu entah bila, tak dapat dijangka. Kematian ahli keluarga terutamanya kepada seorang ketua keluarga biasanya menyebabkan sumber mata pencarian keluarga akan terputus. Bila dah hilang sumber pencarian, tentulah ahli keluarga yang tinggal akan merasai kesedihan berganda, kehilangan orang tersayang dan juga kesedihan akibat memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan keluarga selepas itu. Sanggupkah kita membiarkan ahli keluarga kita menderita dan kesusahan, sedangkan sewaktu hayat masih ada, kita bertungkus lumus bekerja siang dan malam semata-mata untuk pastikan ahli keluarga kita cukup makan, pakai, pelajaran yang sempurna dan semua kegembiraan lain?

 
Disinilah takaful memainkan peranan. Wang perlindungan akibat kematian yang akan diterima oleh waris akan membantu menyara keluarga sekurang-kurangnya sementara mendapat punca pendapatan yang baru.

Hilang Upaya Kekal
Selain kematian, kehilangan upaya akibat kemalangan atau penyakit juga boleh mejejaskan tahap kewangan . Bila berlaku kelumpuhan, sudah tentu mereka sukar atau langsung tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan. Lebih teruk apabila kelumpuhan disertai pula dengan penyakit yang perlu kos rawatan tinggi dan berterusan. Daripada seorang yang menjadi sumber mata pencarian, tiba-tiba kita pula yang akan menjadi beban untuk keluarga. Sungguh menyedihkan apabila situasi ini berlaku. Tetapi saudara-saudaraku, ini semua boleh diuruskan dengan baik jika kita menyertai takaful.  Dengan penyertaan takaful, wang perlindungan akibat hilang upaya kekal akan dapat menampung pendapatan dalam situasi sukar itu. 



Dilanda Sakit Kritikal

Pendapatan juga boleh terjejas apabila kita dilanda musibah penyakit, terutama jika terkena penyakit-penyakit kritikal seperti sakit kanser, komplikasi jangtung, hepatitis, stroke dan sebagainya (Klik untuk info 36 penyakit kritikal). Kos rawatan untuk penyakit-penyakit ini bukanlah murah, kadangkala memerlukan sehingga berpuluh ribu. Ya, kita boleh guna perkhidmatan hospital kerajaan, tetapi ia juga tidaklah terlalu murah dan terpaksa menunggu giliran yang lama. Selalu kita baca atau dengan kes pesakit yang pergi terlebih dahulu sementara menuggu giliran pembedahan. Tak kurang juga kes yang tak sempat untuk meneruskan rawatan kerana menunggu wang sumbangan mencukupi. Sangat hiba apabila kita baca didada-dada akhbar tentang situasi ini. Wang simpanan semua habis digunakan, terpaksa gadai rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya. Ada yang terpaksa berhutang, terpaksa meminta-minta semata-mata untuk pastikan diri sendiri atau ahli keluarga sembuh dari penyakit yang dihidapi. Tapi sekiranya dapat sembuh, apa yang berlaku selepas itu? Situasi terus sukar sebab semua wang simpanan dah susut. Lebih terhimpit bagi yang terpaksa melepaskan kerja sepanjang masa sakit, bagaimana nak teruskan kehidupan? Terpaksa bermula dari kosong untuk membina dan menstabilkan semula tahap kewangan. 



Takaful akan melindungi kita dari situasi ini. Peserta akan dibayar pampasan akibat penyakit kritikal. Semua kos rawatan bagi peserta akan dibayar oleh syarikat pengendali takaful. Penyakit sembuh dan dapat diubati tanpa menjejaskan duit simpanan dan kewangan kita.

Ketiga-tiga situasi ini boleh berlaku pada diri kita dan keluarga bila-bila masa. Nasihat saya, usahlah bertangguh lagi. InsyaAllah kita akan merasa lebih tenang, kerana kita tahu apabila menyertai takaful, keperluan diri dan keluarga disaat kecemasan telahpun diuruskan. 
 
Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...