Sunday, March 4, 2012

SmartLink untuk Anak-Anak Kesayangan, Melindungi dan Memotivasi

Berkenaan dengan pelan PruBSN Link Series, saya dah ceritakan mengenai First Link dalam post sebelum ni. Sekarang saya nak share kepada korang berkenaan SmartLink iaitu pelan yang terbaik untuk anak-anak seawal usia kelahiran.

SmartLink yang sebelum ini dikenali sebagai Takaful Cerdik adalah sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk membuat perlindungan perubatan dan kesihatan sekaligus untuk buat tabungan pendidikan anak bermula dengan bayaran serendah RM50 sebulan. Ibu bapa boleh buat pilihan untuk buat 'medical card' yang berjumlah RM1.5 juta sepanjang tempoh polisi atau  elaun hospital sehingga RM400 sehari untuk setiap anak yang menyertai. Dengan caruman yang sama, tabungan masa depan khususnya untuk pendidikan anak dah tersedia. Sekiranya nak melipatgandakan lagi tabungan tersebut, ibu bapa boleh menambah caruman dalam gandaan RM10 terhadap bayaran bulanan yang asas melalui Takaful Saver.

Pelan SmartLink ini sama bestnya dengan FirstLink. Kalau FirstLink ada diberi bonus untuk peristiwa penting dalam hidup mereka, SmartLink juga ada. Kali ni dengan menyertai SmartLink, ibu bapa boleh motivasikan anak-anak untuk cemerlang dalam pelajaran dan boleh janjikan hadiah yang menarik buat mereka tanpa risau pasal bajet!

Macamana tu ye..??

Ok, melalui pelan SmartLink, pruBSN akan anugerahkan BonusEduSmart setiap kali anak anda cemerlang dalam setiap peperiksaan sepertimana dibawah:

klik untuk gambar lebih besar
Jadual diatas adalah contoh jumlah bonus kecemerlangan yang akan anak-anak perolehi sekiranya pembayaran untuk sumbangan perlindungan tahunan adalah berjumlah RM1200 (atau RM100 sebulan).

Tuntutan untuk bonus diatas adalah sangat mudah, dimana ibu bapa hanya perlu serahkan salinan sijil yang disahkan benar kepada mana-mana cawangan PruBSN dan setelah diproses, cek dengan jumlah yang sepatutnya akan sampai ke tangan ibu bapa.

Mudah je kan??

 Ok, selain dari bonus kecemerlangan, sepertimana pelan FirstLink, bagi setiap peserta yang telah menyertai sehingga tahun ke 10, akan diberi bonus kesetiaan sebanyak 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan dan setiap 3 tahun selepas itu.

Jadi apa tunggu lagi! Kasih sayang kepada anak bukanlah dengan mewahkan mereka dengan wang ringgit dan perhiasan/permainan, tetapi pastikan mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya ketika kecemasan dan disediakan tabungan yang secukupnya untuk pendidikan dan masa depan.

Hubungi saya sekarang di talian 019-927 4817 Atau klik disini untuk temujanji. Wassalam dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...